Pemuda MCA usah menyibuk!

in Uncategorized by


PADANG RENGAS – Pemuda MCA diingatkan supaya tidak mencampuri urusan kepimpinan di Padang Rengas kerana mereka tidak arif dengan senario politik di kawasan itu.


Peringatan itu disuarakan Ketua Pemuda Umno yang juga ketua Pemuda BN Padang Rengas, Mohd Ariff Abdul Majid yang muak dengan sikap Pemuda MCA yang terus menekan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.


Menurutnya, Pemuda MCA Pusat khususnya tidak perlu berlagak ‘hero’ sedangkan mereka tidak begitu membantu jentera BN dalam pilihan raya lalu.


“Tak perlu kacau kerja kami, Pemuda MCA bukan tahu pun apa berlaku di Padang Rengas. Kami lebih tahu situasi di sini. Wakil rakyat kerja dari dulu sampai sekarang, tak berehat


“Malah, Pemuda MCA tak bantu kami pun. Sebagai Ketua Pemuda Umno, saya memang tahu isu ini malah Pemuda MCA pun tak wujud di Padang Rengas.


“Kami bagi pihak Pemuda  BN Padang Rengas akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Nazri Aziz tak kiralah beliau ditekan dari sudut apa pun kerana kami tahu apa yang beliau buat,” katanya kepada Sinar Harian.


Tambah Mohd Ariff, beliau optimis Mohamed Nazri mampu memenangi kerusi Parlimen Padang Rengas dalam PRU14 kerana sokongan kepada beliau masih utuh.


“Saya pasti kita akan menang dengan majoriti lebih banyak kerana Datuk Seri Nazri mempunyai hubungan baik bukan saja dengan jentera malah pengundi juga tak kira Melayu, Cina atau India,” ujarnya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]