Usaha bangunkan Ipoh perlu diteruskan

in Uncategorized by


SLIM RIVER – Usaha membangunkan negeri dan Ipoh khususnya dalam menjaga aspek kebersihan serta mengekalkan identiti uniknya itu  perlu diteruskan walaupun selepas mendapat pengiktirafan daripada The New York Times  dalam ruangan Travel pada 28 Febuari lalu.


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, walau ada beberapa pihak memandang sinis usaha dijalankan kerajaan negeri, pihaknya mahu  rakyat Perak menjaga kebersihan negeri ini.


“Ia memerlukan kerjasama semua pihak dan kita juga akan cuba bangunkan kawasan luar Ipoh yang belum diterokai secara mendalam seperti Tanjung Malim atau Batang Padang, insya-ALLAH kita mempunyai keyakinan ia boleh dicapai serta dijadikan contoh,” katanya.


Beliau berkata demikan  kepada pemberita selepas  majlis penyampaian 115 geran tanah kepada peneroka Felda Besout 2, di sini petang tadi.


Sebelum ini, portal pengembaraan dunia, Lonely Planet mengiktiraf bandaraya itu sebagai antara 10 wilayah terkemuka dunia untuk dilawati tahun lalu.


Pada Rabu lalu, bandaraya  Ipoh disenaraikan dalam akhbar The New York Times dalam ruangan


Travel (Kembara) bertajuk ‘Why Ipoh, Malaysia, Should be on your Travel Radar’ (Mengapa Ipoh, Malaysia, Harus Ada Dalam Radar Pengembaraan Anda).


Zambry berkata, pengiktirafan terbaharu dalam akhbar antarabangsa, The New York Times mengenai bandaraya Ipoh merupakan satu lagi pencapaian yang amat membanggakan untuk semua rakyat Perak termasuk kerajaan negeri.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]