Asmara tidak kena tempat

in Edisi by


BESUT – Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut berjaya menangkap sepasang ular tedung senduk yang sedang mengawan di bawah dapur rumah penduduk di Kampung Tandak, Jertih, di sini.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Suhaimi Awang berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap kedua-dua ular tersebut.


Menurutnya, pada mulanya, APM menerima aduan  terdapat hanya seekor ular berada di bahagian dapur rumah pengadu kira-kira jam 5.47 petang.


“Seramai empat anggota  ke lokasi tersebut sebaik menerima laporan namun pihak kami dapati  sebenarnya ada dua ekor berdekatan kerana  sedang mengawan di bahagian  tersembunyi dapur rumah mangsa ,” katanya.


Mohd Suhaimi berkata, anggotanya bagaimanapun berjaya menangkap ular  yang agresif itu  menggunakan peralatan khas.


Menurutnya lagi, ular yang setiap seekornya hampir satu meter panjang kemudiannya dibawa pulang ke Pejabat APM Besut untuk tindakan selanjutnya dan ular spesies itu adalah ular berbisa.


“Walaupun spesies sama tetapi ular itu ada sedikit perbezaan iaitu ular betina berwarna hitam berkilat dan bersaiz besar sedikit  manakala jantan  berwarna hitam kelabu,” katanya.


Beliau berkata lagi, patukan ular jenis itu boleh mengakibatkan kecederaan serius termasuk kematian sekiranya tidak mendapat rawatan segera.


Mohd Suhaimi berkata,  anggotanya jarang menangkap kes ular berpasangan kerana ular dikatakan mengawan pada musim tertentu dan ia agresif pada musim tersebut.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]