Sasar 10 kerusi Dun

in Uncategorized by


IPOH – Persediaan PKR Perak dalam menghadapi PRU kali ini jauh lebih baik berbanding sebelumnya.


Perkara itu diakui Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty melalui gerak kerja di setiap peringkat juga kredibiliti barisan calon yang dikemukakan.


Menurutnya, di peringkat parti, hampir 90 peratus urusan berkaitan calon sama ada yang bertanding di Parlimen mahupun Dun telah mencapai kata sepakat untuk diputuskan.


“Persiapan kita cukup baik dan bergerak di landasan yang betul bersama gabungan parti dalam Harapan, kelemahan sebelum ini telahpun dikenalpasti dan diperbaiki.


“Saya cukup berpuas hati dan pasti, ini adalah persiapan PRU terbaik kita sediakan,” katanya.


Beliau berkata, kesediaan yang disusun termasuklah mewujudkan pasukan khas bagi menangani persepsi dan fitnah di media sosial.


Katanya, ruang itu akan menjadi satu platform kepada parti pembangkang menjawab isu yang mungkin di manipulasi pihak tertentu bagi meraih kepercayaan pengundi.


“Pada PRU 14 ini kita fokus kepada 10 kerusi Dun dan mengharapkan kemenangan besar di situ, senarai kerusi kita masih belum boleh dedahkan buat masa ini,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]