'BR1M bukan rasuah, dedak'

in Edisi Johor by


KOTA TINGGI – Seramai 291 penduduk Parlimen Kota Tinggi menerima bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) peringkat pertama, semalam.


Majlis penyampaian disempurnakan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid di Dewan Komuniti Ehsan Kampung Singapura.


Noor Ehsanuddin dalam ucapannya menyangkal dakwaan bahawa pemberian BR1M adalah rasuah.


Sebaliknya beliau memberitahu bantuan itu diberikan untuk membantu meringankan beban rakyat.


“Kita bagi tak kira siapa selagi penerima adalah rakyat Malaysia. BR1M bukan dedak atau rasuah. Ini semua hanya tohmahan.


“Mungkin jumlahnya tidak besar bagi sesetengah orang, tetapi bagi penduduk di kampung dan orang kurang kemampuan ia nilai yang agak besar,” katanya pada majlis itu.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]