Tawar barangan dengan harga murah

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai menganjurkan Program Jualan Sentuhan Rakyat bagi kawasan parlimen tersebut dengan menawarkan barangan keperluan asas pada harga yang murah.


Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama pasaraya Econsave dan beberapa pihak lain itu sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban rakyat di kawasan bandar raya.


Menurutnya, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai akan meneruskan penganjuran program seumpama itu di lokasi berlainan pada masa akan datang.


“Yang penting rakyat boleh membeli beras, ayam, ikan bilis, gula dan tepung dengan harga lebih murah,” katanya.


Nur Jazlan berkata, dakwaan pembangkang bahawa kerajaan tidak prihatin masalah kenaikan kos harga barang yang dihadapi rakyat adalah tidak benar.


Katanya, kerajaan sedang merangka strategi melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi mencari penyelesaian terbaik secara jangka panjang untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup.


Terdahulu, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara diumumkan penubuhannya pada Perhimpunan Agung Umno 2017 dengan memberi tumpuan kepada lima kluster iaitu pendidikan pengangkutan utiliti, makanan dan minuman.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]