Himpunan cemar imej Parlimen

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Penganjuran perhimpunan yang diadakan pagi tadi didakwa mencemarkan maruah negara dan imej Parlimen.


Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, berhimpun dan berdemonstrasi bukanlah saluran tepat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.


Malah menurut beliau ia hanya dilihat mencemarkan nama negara untuk bertujuan menarik perhatian media asing dan rakyat di negara luar kononnya Malaysia dalam keadaan yang tidak aman.


“Perhimpunan yang mencetuskan persepsi negatif ini hanya akan memberikan peluang kepada media asing untuk mensensasikan berita tanpa mengambil kira asas dan kesan ke atas pihak lain terutamanya imej Malaysia.


“Lebih mengecewakan, kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak melambangkan kredibiliti beliau sebagai mantan Perdana Menteri serta pernah satu ketika dahulu pernah mentadbir negara melalui sistem yang sama di bawah Perlembagaan Malaysia,” katanya.


Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, suara bantahan tidak seharusnya dianjurkan secara perhimpunan terbuka semata-mata.


“Biarpun kerajaan mengamalkan¬† kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat mengikut prinsip perlembagaan persekutuan namun hormatilah sistem dan semangat perlembagaan dan undang-undang negara kita,” katanya.

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]