PKNP FC raih tiga mata

in Sukan by


IPOH – PKNP FC membawa pulang tiga mata berharga apabila menewaskan PKNS FC dalam saingan Kumpulan B di Padang Kompleks Sukan Kelana Jaya, petang tadi.


Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan gagal meledak sebarang gol apabila deretan peluang gagal dimanfaatkan di depan gawang lawan.


Babak kedua menyaksikan PKNP FC bermula garang dan hasilnya Saifuddin Khairul Anuar berjaya meledak jaringan pembukaan pada minit ke-49.


Bagai mendapat semangat baharu, kesebelasan PKNP FC terus melancarkan serangan ke gawang PKNS FC.


Namun, PKNP FC terpaksa menunggu hinggga minit ke-84 untuk gol kedua pelawat hasil jaringan penyerang, Muhammad Alif Safwan Mohd Sallahudin.


Ketinggalan dua gol bagaimanapun tidak melemahkan semangat PKNS FC untuk mengatur serangan ke gawang PKNP FC untuk sekurang-kurangnya merapatkan jurang gol.


Bagaimanapun, segala serangan yang diatur gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan PKNP FC hingga ke wisel penamat.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]