Potensi besar Rantau Panjang

in Nasional by


RANTAU PANJANG – Sesuai dengan jolokan syurga beli-belah, Rantau Panjang akan dibangunkan sebaris dengan bandar pelancongan luar negara seperti Bandung, Bangkok dan Phuket.


Mengambil contoh terdekat, sektor pelancongan Golok, Thailand akan menjadi penanda aras terbaik bagi merealisasikan hasrat tersebut.


Ketua Umno Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim berjanji akan berusaha menaikkan sektor pelancongan di Rantau Panjang sehingga ke peringkat antarabangsa.


Rantau Panjang akan diletakkan dalam Lembaga Pelancongan Rantau Panjang, yang mana ia menggariskan pelbagai agenda sehingga misi dan visinya tercapai.


Bagi memperkasakan sektor pelancongan, infrastruktur bertaraf antarabangsa perlu didirikan, antaranya hotel tiga bintang.


Selain itu, tarikan lain perlu dibina antaranya pusat riadah dan taman flora yang sinonim dengan imej bandar sempadan.


Harapan itu turut disokong Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila mengakui Rantau Panjang mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan.


Sekiranya pelancongan meningkat, ia sekali gus akan menaikkan ekonomi negeri secara keseluruhannya.


Lokasi Rantau Panjang yang strategik antara Malaysia dan Thailand, akan menarik lebih ramai pelancong dari dalam serta luar negara.


Sebelum ini, kerajaan merancang melebarkan jambatan di sini, termasuk pembinaan jambatan baharu di Ta’ Bai-Pengkalan Kubur.


Pembangunan bandar sempadan di Rantau Panjang secara langsung akan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan, malah mengelak golongan anak muda merantau mencari pekerjaan di luar negeri.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]