Terengganu diisytihar kubu sukan berbasikal negara

in Sukan by


PENCAPAIAN cemerlang dengan lakaran pelbagai kejayaan dalam arena berbasikal melayakkan negeri Terengganu mendapat jolokan sebagai kubu sukan berbasikal Malaysia.


Perkara itu diisytiharkan oleh Menteri belia dan sukan, Khairy Jamaludin ketika menghadiri majlis meletak batu asas tapak velodrom Terengganu, di Balai Besar, hari ini.


Seiring itu, sebanyak RM1 juta geran diserahkan kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk sukan berbasikal terutama untuk program-program pembangunan.


Khairi berkata, Terengganu telah melakar kecemerlangan konsisten dalam pembangunan sukan terutama pembangunan pelapis.


“Terengganu telah lahirkan juara dunia seperti Azizulhasni Awang dan ramai lagi atlet berbasikal.


“Oleh itu saya isytiharkan negeri ini sebagai kubu sukan berbasikal negara ,”katanya.


Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


Beliau berkata, pelaburan negeri Terengganu dalam bidang sukan berbasikal sudah mula membuahkan hasil.


“Kejayaan atlet seperti Azizulhasni, Fatihah dan atlet-atlet lain contohnya Pasukan Berbasikal Terengganu (TSG) memenangi jersi kuning ketika Le Tour de Langkawi 2018 mencatat sejarah.


“Bukan sahaja diisytiharkan sebagai kubu sukan berbasikal negara dan diberikan geran bernilai RM1 juta tetapi kita akan menambah insentif untuk kemenangan TSG.


“Menteri besar memberikan insentif sebanyak RM100,000 dan kementerian akan menambah lagi RM100,000,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]