Usaha promosi Sungai Melaka

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BANDARAYA MELAKA – Lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara dijangka akan mengambil bahagian dalam Sungai Melaka International Challenge 2018 akhir bulan hadapan.


Pertandingan yang julung kali dianjurkan itu akan diadakan bertempat di Marina Awam Melaka, Banda Hilir, antara 28 dan 29 April depan.


Pertandingan berkenaan akan diadakan dalam bentuk triathlon membabitkan renang, berbasikal dan berlari dan akan dibahagikan kepada beberapa kategori.


Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau, Datuk Ghazale Muhammad berkata, penganjuran pertandingan berkenaan adalah sebagai salah satu usaha kerajaan negeri memperkenalkan Sungai Melaka sebagai venue sukan triathlon.


Selain itu, katanya, ia juga sebahagian daripada usaha kerajaan negeri merealisasikan hasrat menarik 17 juta pelancong ke negeri ini untuk tahun 2018


“Selain satu aktiviti riadah yang baik, pertandingan ini juga dapat membantu dalam mempromosikan Sungai Melaka yang sememangnya sudah terkenal sebagai salah satu produk pelancongan terkemuka Melaka,” katanya.


Pertandingan anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka serta Qaarmal Swimming Centre itu dijangka akan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]