4 gudang di Batu Maung terbakar

in Edisi Utara by


BAYAN LEPAS – Empat gudang berhampiran Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, kebakaran melibatkan gudang penyimpanan bahan kitar semula, makanan, perabot dan barangan elektrik.


Menurutnya, kesemua gudang tersebut dibina menggunakan zink dengan keluasan masing-masing 1,500 kaki persegi.


“Kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus keempat-empat gudang tersebut. Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam.


“Namun, kebakaran hanya dapat dikawal pada jam 1.06 pagi tadi dan api dipadamkan sepenuhnya dua jam kemudian. Bagaimanapun, kerja-kerja overhaul sedang dijalankan pada jam 3.55 pagi,” katanya kepada media awal pagi tadi.


Sementara itu, jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dalam kenyataannya mengesahkan tiada operasi penerbangan terjejas akibat kejadian tersebut.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]