BP Bikers sasar program setiap bulan

in Edisi by


BATU PAHAT – BP Bikers yang sememangnya aktif melaksanakan aktiviti menyasarkan lebih banyak lagi program diadakan pada masa akan datang.


Terbaharu, setelah mengadakan program secara kerjasama dengan syarikat kereta jenama terkenal, Volkswagen sempena sambutan 80 tahun The Bettle, kedua-dua pihak merancang untuk terus mengadakan kerjasama pada masa akan datang.


Penyelaras Konvoi Sempena 80 Tahun The Bettle, Azmi Abu Bakar berkata, 40 pemilik motosikal berkuasa tinggi mengadakan program besar bersama dan ianya lebih kepada sesi pengenalan dahulu.


Katanya, selepas ini akan lebih banyak program yang akan dirancang yang akan lebih kepada aktiviti kebajikan dan juga meraikan penduduk daerah ini yang bakal diadakan setiap bulan.


“Pelbagai aktiviti akan kami rancang selepas ini dan salah satunya konvoi amal, ke rumah mereka memerlukan dengan menyampaikan sumbangan barang keperluan harian.


“Kami juga tidak lupa ahli persatuan motosikal kami yang susah atau sakit dengan menjenguk mereka di kediaman masing-masing,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]