Gempa bumi 6.9 magnitud landa Papua New Guinea

in Global by


SYDNEY – AUSTRALIA. Gempa bumi berkekuatan 6.9 magnitud pada skala Richter melanda Papua New Guinea (PNG), awal pagi tadi dan amaran tsunami di keluarkan segera di negara itu, lapor Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).


Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan AS berkata gempa tersebut, yang pada awalnya dilaporkan sekuat 7.2 magnitud, sekali gus mencetus amaran tsunami untuk kawasan perairan berdekatan.


Pihak berkuasa Australian juga mengesahkan, tiada ancaman tsunami di zon pinggir pantai Negara Kanggaru itu susulan gempa berkenaan.


Menurut USGS, gegaran yang berpusat 162 kilometer di barat daya Rabaul berlaku di bawah dasar laut berhampiran pantai selatan pulau berkenaan, ia terjadi pada jam 7.25 pagi waktu tempatan.


Papua New Guinea, yang merupakan salah satu daripada negara termiskin di dunia, di landa gempa bumi dengan bacaan 7.5 magnitud kira-kira sebulan yang lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]