Guan Eng letak syarat untuk Ka Siong

in Edisi Utara by


GEORGETOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meletakkan syarat kepada Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sekiranya ingin berdebat dengannya berhubung isu projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang.


Guan Eng berkata, beliau akan bersetuju berdebat jika pemimpin MCA itu bersedia bertanding di Parlimen Bagan dalam PRU14.


“Saya hanya akan berdebat dengan Ka Siong dengan syarat ditetapkan, tetapi tidak dengan calon lain (di kerusi Bagan),” katanya.


Terdahulu, Ka Siong menjemput Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ke forum bertajuk ‘Political talk on Penang’s truth’ di Butterworth yang diadakan, malam semalam.


Guan Eng kemudian membalas jemputan itu dengan mencabar Tiong Lai untuk berdebat ke atas dua isu iaitu 1MDB dan terowong dasar laut.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]