Jihad bangunkan Bumiputera diteruskan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa tahap ekonomi Bumiputera akan terus diperkasa di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi.


Beliau berkata sehingga kini, dana berjumlah RM77 bilion telah diagihkan kerajaan pusat kepada usahawan Bumiputera melalui 13 agensi utamanya.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ini termasuk RM19 bilion yang disalurkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional (RM5 bilion) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (hampir RM3 bilion).


“Sememangnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dalam soal pembangunan ekonomi Bumiputera. Perjuangan jihad ini saya teruskan walau apa jua cabaran mendatang kerana itulah tanggungjawab saya sebagai ketua BN (Barisan Nasional),” katanya semasa berucap pada Himpunan Usahawan Bumiputera di sini, hari ini.


Sejak diberi amanah memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri pada 2009, Najib berkata beliau tekad meneruskan warisan murni ayahandanya yang juga perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dalam usaha merapatkan jurang ekonomi masyarakat termasuk Bumiputera. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]