Kisah Jennifer Lawrence sebelum dikenali

in Hiburan by
Jennifer Lawrence

Kisah Jennifer Lawrence sebelum dikenali


NAMA Jennifer Lawrence mula dikenali ramai selepas membintangi filem Hunger Games pada 2012.


Dalam tahun sama juga, dia memenangi trofi pelakon wanita terbaik di anugerah Oscar menerusi filem Silver Linings Playbook.


Kini selepas berlakon lebih 20 buah filem, Forbes telah menyenaraikan Lawrence, 28, sebagai antara pelakon yang mendapat bayaran tertinggi di Hollywood.


Namun di sebalik kejayaan yang dikecapi kini, pemilik nama sebenar Jennifer Shrader Lawrence ini mengakui dia pernah melalui beberapa siri kegagalan yang hampir mematahkan semangatnya untuk bergelar pelakon.


“Saya pernah menyertai uji bakat untuk Twilight, tapi ketika itu saya tak tahu filem itu adalah Twilight.


“Bagaimanapun saya tidak berjaya dan watak itu diberikan kepada Kristen Stewart,” ujarnya kepada Radar Online.


Tambah Lawrence, dia tidak kecewa dan terus mencuba menyertai beberapa uji bakat untuk beberapa buah filem dan tetap tidak berjaya.


“Paling saya kesal apabila tidak berjaya dalam siri uji bakat untuk mencari pelakon Alice In Wonderland.


“Saya hampir patah semangat tetapi ternyata nasib baik saya lambat bermula,” jelasnya.


Kini, Lawrence barang kali boleh tersenyum puas selepas beberapa media ternama dunia, termasuk Associated Press dan The Hollywood Reporter, menyifatkan bintang itu sebagai antara selebriti berpengaruh di dunia.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]