Priyanka Chopra pilih bercakap depan cermin tandas

in Hiburan by
Priyanka Chopra

Priyanka Chopra pilih bercakap depan cermin tandas


BINTANG terkenal Bollywood, Priyanka Chopra membuktikan namanya masih relevan di persada seni Hollywood.


Terbaharu, Chopra berkongsi gambar terkininya yang sedang sibuk menjalani penggambaran musim terbaharu drama bersiri, Quantico di Jerman.


Membawakan watak sebagai Alex Parrish, agen Federal Beureu Investigation (FBI) yang tidak lagi mendapat kehidupan yang tenang di Itali dan kini bersama rakannya kembali menyiasat perdagangan senjata antarabangsa.


Bercerita pengalamannya memulakan penggambaran drama musim ketiga itu, Chopra mengakui berasa gugup dan sering meminta izin untuk ke tandas bagi  menenangkan diri.


“Punca utama saya memilih untuk ke tandas kerana di situ ada cermin. Jadi saya berpeluang bercakap dengan diri saya sendiri, secara bersendirian.


“Saya sering mengingatkan diri saya bahawa saya sudah menjalani 50 penggambaran filem Bollywood, jadi tidak ada apa yang perlu saya bimbangkan lagi.


“Kemudian perasaan saya akan kembali tenang dan saya boleh bekerja dengan baik,” ujarnya kepada Times of India.


Bukan itu sahaja, Chopra, 36, turut berkongsi gambar di mana dia telah menjadi muka depan untuk majalah ELLE di Kanada.


Rata-rata peminat melahirkan rasa kagum di atas pencapaian Chopra yang membanggakan, baik di Bollywood, mahupun Hollywood.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]