Rentak pelapis Kedah semakin konsisten

in Sukan by


JITRA – Kedah meneruskan aksi konsisten mencatatkan kemenangan kedua pada saingan Kumpulan B Piala Belia 2018 apabila menewaskan UiTM FC 2-0 di Stadium Mini Jitra, kelmarin.


Pengurus Kedah Bawah 19 Tahun, Zaini Safie berkata, sasaran pengurusan untuk meraih enam mata pada minggu ini tercapai apabila sebelum ini menang tipis 1-0 ke atas Perlis di laman sendiri.


“Keyakinan dan momentum pemain semakin konsisten dan perkara ini penting kerana selepas ini Kedah akan berkunjung ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) untuk bertemu Perak 1 April ini.


“Keyakinan pasukan bertambah baik selepas mencatatkan dua kemenangan berturut-turut dan berharap momentum sama dapat diteruskan untuk menewaskan Perak pula,” katanya.


Menurutnya, selepas mencatatkan dua keputusan seri berturut-turut pada awal musim, pasukannya kini sudah mampu mengawal permainan terutamanya tekanan tinggi yang dilakukan lawan pada penghujung perlawanan.


Pada pertemuan bertemu UiTM FC, Mohammad Hasrifirzan Mohd Shukri muncul wira apabila meledakkan dua gol buat Kedah untuk membantu pasukan berada di tangga kelima dengan memungut lapan mata selepas empat perlawanan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]