Saya maafkan Sinar Harian: Abdul Hadi

in Nasional by


KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima permohonan maaf Sinar Harian berhubung kesilapan laporan kenyataan beliau sebelum ini.


Sehubungan itu kata beliau, masalah tersebut dianggap selesai dan tidak timbul lagi sebarang konflik antara Pas dan Sinar Harian.


Menurut Abdul Hadi, beliau juga tidak berkecil hati dengan Sinar Harian namun berharap media lebih bersikap jujur dalam membuat laporan pada masa akan datang.


“Saya dah maafkan Sinar Harian dan bagi saya tak ada apa-apa dah, semuanya sudah selesai.


“Cuma saya harap selepas ini, media lebih telus dan berhati-hati melaporkan berita agar tidak menimbulkan sebarang fitnah,” katanya.


Ahli Parlimen Marang itu ditemui Sinar Harian selepas Program Dialog Rakyat di Hotel Tanjung Vista hari ini.


Sinar Harian pada keluaran 26 Mac lalu memohon maaf kepada Abdul Hadi kerana kesilapan dalam laporan berita bertajuk ‘Pas berkecuali isu 1MDB’ pada versi cetak dan ‘1MDB: Jangan terus hukum’ versi online.


Ini kerana kedua-dua laporan itu ditulis diluar konteks ucapan sehingga memberi tafsiran yang negatif terhadap Presiden Pas dan ahli-ahli parti tersebut.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]