Selangor negeri paling terjejas

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Adun Batu Caves, Amirudin Shari mempersoalkan kelulusan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyebabkan Selangor antara negeri paling terjejas dengan perubahan kawasan tersebut.


Menurutnya, prosesnya mencurigakan melibatkan jumlah peralihan pengundi yang besar seperti Pelabuhan Klang, Pandamaran, Pandan Ampang dan Gombak.


Menurutnya, sedikit sebanyak persempadanan tersebut mengganggu-gugat dan menjejaskan demografi pengundi antara kaum.


“Persempadanan ini dibuat secara tergesa-gesa di saat akhir berbaki beberapa bulan menjelang PRU14 yang antara lain menyebabkan pengundi jadi keliru pusat mengundi dan calon yang bakal dipilih.


“Malah, parti juga berdepan masalah penyusunan semula calon berdasarkan demografi dan lokaliti,” katanya.


Katanya, beliau menolak alasan jumlah pengundi yang meningkat mendadak di Selangor antara faktor persempadanan semula dibuat.


“Persempadanan semula seharusnya diteliti lebih awal atau diberikan tempoh mencukupi sekurang-kurangnya dua tahun sebelum PRU bagi melancarkan gerak kerja dan persiapan.


“PRU13 lalu telah ditunjukkan statistik peningkatan di beberapa kawasan tapi tidak dibuat persempadanan sebaliknya kelulusannya hanya dibuat di saat akhir,” katanya.


Jelasnya, persempadanan semula turut menyebabkan beberapa kawasan parlimen mengalami perubahan mendadak.


“Parlimen Subang sebagai contohnya telah ditukar kepada Sungai Buloh menyebabkan Ahli Parlimen R Sivarasa sudah hilang posisi dan ini dianggap tidak adil.


“Dun Batu Caves antara kawasan di peringkat awal terjejas sebelum dibatalkan peralihan peti undi dan namanya ditukar kepada Dun Sungai Tua, namun di banyak kawasan menghadapi masalah peralihan jumlah pengundi yang besar,” katanya.


#prusinar #aparakyatmahu


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]