Ambil pendekatan tunggu dan lihat

in Politik by


SHAH ALAM – Pas hanya akan memutuskan calon Menteri Besar Selangor selepas PRU14 sekiranya berjaya menawan negeri itu.


Adun Meru, Dr Rani Osman berkata, keputusan akan dibuat melalui satu mesyuarat  untuk memilih calon yang layak.


“Untuk bercakap mengenai apa yang akan berlaku hari esok adalah sesuatu yang mudah tetapi realitinya, masing-masing belum pasti apa yang akan terjadi.


“Insya-ALLAH, pada mesyuarat tersebut kita akan putuskan siapa yang layak untuk menggalas tanggungjawab menjadi menteri besar,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurut bekas pesuruhjaya Pas Selangor itu lagi, perkara yang paling elok dilakukan adalah tunggu sahaja keputusan PRU14 nanti.


Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan menyifatkan semua calon yang bertanding bagi mewakili Pas dalam PRU14 nanti layak dilantik sebagai menteri besar.


Sallehen berkata, Pas telah menapis semua calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU14 nanti melalui Majlis Syura berdasarkan pelbagai sudut dan aspek yang diambil kira.


Dalam masa yang sama, Dr Rani juga menyifatkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi adalah satu penghargaan kepada pejuang Islam.


Sementara itu, Adun Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengambil pendekatan untuk menunggu terlebih dahulu keputusan PRU14 sebelum membuat sebarang andaian.


“Tunggu dulu PRU14, kalau Pas diberi mandat untuk mentadbir Selangor,” katanya.


#prusinar #aparakyatmahu


Source: SH Politik

[featured-video-plus]