Bubu udang bernilai RM3,000 dirampas

in Edisi by


JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas enam jalur bubu udang di perairan laut Parit Kedondong dekat Muar, pagi tadi.


Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, rampasan bubu bernilai RM3,000 itu dilakukan bagi memelihara khazanah dan ekologi laut.


“Kaedah penangkapan ikan menggunakan bubu udang boleh menggugat alam semula jadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Bagaimanapun kata beliau, tiada tangkapan dibuat dan kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut. – Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]