Isner, Zverer jumpa final

in Sukan by


JOHN Isner dan Alexander Zverev menampilkan persembahan hebat di separuh akhir Masters ATP Terbuka Miami apabila berjaya menyingkirkan lawan masing-masing awal pagi tadi.


Pada perlawanan yang berlangsung di Crandon Park, Isner mengejutkan pilihan juara, Martin del Potro dengan kemenangan 6-1, 7-6 (7/2) yang mengambil masa satu jam 23 minit untuk mara ke final.


Zverer yang memburu trofi ketujuh kejuaraan ATP dan ketiga Masters pula menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Carreno Busta 7-6(4) 6-2 dalam masa 88 minit dalam satu lagi aksi separuh akhir.


Rekod pertemuan Zverev dengan Isner adalah 3-0 dengan kemenangan terakhir ialah pada separuh akhir Terbuka Itali, tahun lalu.


Isner yang menamatkan rekod deretan 15 kemenangan berturut-turut bekas pemenang Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat dari Argentina itu berkata, dia sudah bersedia untuk memburu gelaran Masters pertamanya apabila menentang Zverer nanti.


“Saya sudah mengharungi banyak perlawanan yang besar dan tidak berjaya mendapatkan permulaan yang baik tetapi kini saya bermain permainan terbaik saya untuk tempoh masa yang lama.


“Saya amat gembira. Dia amat penat dan sudah bermain begitu banyak perlawanan dan sekali pun set pertama berlangsung dengan pantas, saya tahu ia tidak akan berlaku lagi pada set kedua.


“Saya tidak fikir saya tidak boleh lagi menoleh ke belakang selepas apa yang saya harungi setakat ini. Saya memulakan kejohanan dengan baik dan meningkat dalam setiap permainan. Saya amat segar dan bersedia untuk final,” kata pemain berusia 32 tahun itu.


Sementara itu, Zverer akui bukan mudah untuknya memburu gelaran juara kerana Isner telah membuktikan dia bukan calang-calang lawan.


“Apa pun, saya akan cuba buat yang terbaik dan peluang mara ke final tidak boleh disia-siakan.” tambahnya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]