Labuan miliki banyak destinasi pelancongan belum teroka

in Edisi by


LABUAN – Labuan mempunyai banyak tempat tarikan pelancongan ikonik yang berpotensi dimajukan sebagai produk pelancongan antarabangsa, satu daripadanya ialah Pulau Rusukan.


Pengarah kanan (Domestik dan Acara) Pelancongan Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata pihak berkuasa tempatan dan pemain industri harus bekerjasama bagi membantu menjayakan matlamat pulau Labuan menjadi sebuah destinasi pelancongan perdana.


“Kami telah melawat Pulau Rusukan, sebuah pulau yang indah yang terkenal dalam kalangan penyelam dan pulau ini berpotensi menjadi  aset pelancongan Labuan,” kata beliau pada sidang akhbar  selepas  taklimat  untuk Media dan Pemain Industri Melawat Malaysia 2020 di sini semalam.


Untuk menjayakan matlamat tersebut, katanya, Pelancongan Malaysia akan menghantar sebuah   delegasi Program Familiarisasi Mega (Mega Fam) ke Labuan untuk membantu promosi pulau berkenaan. – Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]