Macma Muar ceriakan pesakit di HPSF

in Edisi by


MUAR – Dalam usaha memberikan sinar dan keceriaan kepada pesakit di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Muar mengadakan lawatan ke hospital berkenaan.


Pengerusinya, Edi Tan Abdullah berkata, dalam program berkenaan, sebanyak 600 buah limau dan botol air disediakan untuk diagihkan kepada mereka.


Menurutnya, kunjungan yang sering diadakan dalam tempoh sebulan sekali itu turut berupaya merapatkan hubungan sesama masyarakat.


“Selain itu, dalam penganjuran majlis seperti hari ini, pihak Macma Muar juga berpeluang mempromosikan peranan pertubuhan kami kepada masyarakat.


“Pada masa sama, ia juga mampu meningkatkan persepsi positif dalam kalangan orang luar terhadap agama Islam,” katanya.


Menurutnya, meskipun sumbangan itu adalah kecil tetapi Macma berusaha memberikan tanggapan murni khusus pada individu bukan Islam agar golongan berkenaan didedahkan dengan agama yang mengajar pada kebaikan.


Terdahulu, seramai 300 pesakit dilawati membabitkan lapan wad di HPSF Muar.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]