'Tanggungjawab kepada rakyat lebih penting'

in Edisi by


JOHOR BAHRU – Perkhidmatan kepada rakyat paling mustahak dan perlu dititikberatkan berbanding hanya berbicara isu persempadanan semula yang disokong majoriti ahli parlimen dalam dewan rakyat, baru-baru ini.


Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan SriShahrir Abdul Samad berkata, persempadanan semula bukanlah menjadi masalah, tetapi usaha menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.


Menurutnya, sebagai contoh adalah pendekatan memperkasa masyarakat serta tidak membeza-bezakan setiap golongan dan latar belakang rakyat.


“Bagi saya, isu persempadanan semula atau penukaran nama bukan satu masalah, contoh kita (Parlimen Johor Bahru), pengundi bertambah, tidak mengapalah, mungkin mereka mahu seimbangkan.


“Kalau bertambah pun, sebenarnya kita punya khidmat mesti di peringkat yang berasaskan falsafah politik kita. Yang mustahak perkhidmatan kita dan cara pendekatan BN, kita lebih kepada memperkasa masyarakat.


“Kita perlu faham, masyarakat setinggan seumpamanya bagaimana hendak memperkasakan mereka, dengan cara kita menyusun supaya mereka bersatu padu, ada pengurusannya, supaya mereka faham itulah prinsip dari segi falsafah BN, walaupun orang berbeza-beza, tetapi kita tidak boleh beza-bezakan mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Johor Bahru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Stulang di sini, semalam.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]