
REMBAU – Tiga beranak berhadapan detik-detik mencemaskan apabila kenderaan dinaiki merempuh belakang lori kontena di kilometer 224.7, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, awal pagi tadi.
Susulan kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba, Abdul Hakim Awang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.20 pagi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fuad Majid, sebaik tiba lokasi, kita dapati sebuah kereta jenis Proton Wira telah merempuh bahagian belakang lori kontena.
“Terdapat tiga mangsa yang cedera iaitu lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an ke 40-an serta kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.
“Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Port Dickson ke Melaka. Mangsa yang telah dikeluarkan dari kenderaan telah diserahkan kepada pasukan paramedik untuk bantuan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.
Source: SH Edisi Melaka NS
[featured-video-plus]