Umpama tak hormat penduduk Sitiawan

in Politik by


SITIAWAN – “Saya sebagai wakil rakyat Dun Sitiawan merakam rasa kecewa apabila Dun Sitiawan ditukar kepada Dun Astaka untuk PRU 14 ini.


Demikian kata Adun Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya yang telah diluluskan dalam sidang Parlimen.


Koo Ham berkata, nama Sitiawan mempunyai nilai sentimental tersendiri terutama kepada penduduk yang telah lama menetap di situ.


“Saya sebagai wakil rakyat di sini rasa kecewa apabila seolah-olah pihak berkenaan tidak menghormati penduduk Sitiawan apabila menukar nama kepada Dun Astaka.


“Nama Astaka tidak memberi sebarang makna kerana ia hanya nama kawasan padang sahaja berbanding Sitiawan yang ada nilai sejarah dan sentimental tertentu,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.


Koo Ham juga mendakwa persempadanan semula yang dibuat di kawasan itu juga seperti tidak mengikut kawasan geografi yang betul.


“Agihan kawasan yang dibuat tidak mengikut yang sepatutnya kerana ada kawasan terpisah tapi diletakkan di bawah parlimen yang sama.


“Sebagai contoh, Dun Pasir Panjang terpisah dengan Dun Pangkor tapi diletakkan di bawah Parlimen Lumut.


“Persempadanan ini juga menyebabkan jumlah pengundi di kawasan yang dimenangi oleh kita juga turut dibawa ke kawasan lain.


“Dun Sitiawan menjadi kubu kuat DAP dan untuk PRU kali ini pengundi di sini telah dimasukkan ke kawasan Beruas,” katanya.


Namun begitu, Koo Ham berkata, walaupun ada persempadanan semula, beliau yakin pengundi di Dun Sitiawan dulunya akan tetap membantu kemenangan Pakatan Harapan.


#prusinar #aparakyatmahu


Source: SH Politik

[featured-video-plus]