PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

March 2018 - page 47

RM19 juta tingkat kemudahan pendidikan di Labuan

in Edisi Sabah Sarawak by


LABUAN – Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM19 juta  untuk meningkatkan kemudahan pendidikan sedia ada di pulau bebas cukai ini, kata Menterinya  Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Beliau berkata peruntukan itu adalah dari dana khas kementerian untuk membantu  memenuhi keperluan segera sekolah di sini.


Beliau berkata daripada jumlah itu, RM15 juta diperuntukkan bagi penubuhan pusat tingkatan enam, RM3.7 juta bagi penyelenggaraan keseluruhan  struktur  bangunan sekolah termasuk Kolej Matrikulasi Labuan dan RM300,000 bagi memperbaiki dan menaik taraf kemudahan di sekolah.


“Kami telah menerima permohonan untuk menjadikan flat perumahan sedia ada menjadi bilik darjah tingkatan enam dan kementerian telah meluluskan peruntukan RM15 juta bagi projek tersebut,” kata beliau kepada pemberita selepas program Titian Kasih di Kolej Matrikulasi Labuan di sini hari ini.


Menurut beliau, kebanyakan sekolah di negara ini dibina lebih dua dekad lalu (25 tahun) dan oleh itu struktur bangunannya memerlukan penyelenggaraan dari semasa ke semasa.


Mahdzir juga berkata projek untuk membaiki sekolah-sekolah daif di kedua-dua negeri dengan peruntukan RM1 juta setiap satu kepada Sabah dan Sarawak telah bermula dan kontraktor bagi projek tersebut telah dilantik.


“Bagaimanapun kita akan membelanjakan kira-akira RM500 juta tahun ini bagi projek tersebut yang melibatkan kira-kira 100 sekolah di setiap negeri dan bakinya akan dilaksanakan tahun berikut,” kata beliau.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumukan  peruntukan itu semasa membentangkan Bajet 2018 di Parlimen tahun lepas. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

PRU14: Muka baru dalam senarai calon PBS

in Edisi Sabah Sarawak by


PENAMPANG – Parti Bersatu Sabah (PBS) bersedia melakukan perubahan dengan menampilkan beberapa muka  baru sebagai calonnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.


Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, senarai calon parti itu sudahpun dikemukakan  kepada Pengerusi  Barisan Nasional pusat dan negeri.


“Senarai calon yang dicadangkan PBS telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.


“Bagaimanapun, kita boleh mengharapkan beberapa muka baru dalam senarai akhir,” kata Ongkili selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PBS yang dipengerusikan oleh presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.


Ongkili, yang juga Menteri  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, telah ditugaskan  untuk mengawasi perkara yang berkaitan dengan PBS.


Beliau memberitahu bahawa jentera pilihan raya PBS bagi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lima kerusi Parlimen kini dalam keadaan siap sedia.


“Percubaan juga dijalankan bagi menguji kesediaan jentera kita.


“Saya percaya dengan kerja keras, dilengkapi dengan strategi yang berkesan serta kerjasama penuh dari semua parti komponen BN, kami dapat memenangi semua kerusi yang diperuntukkan kepada PBS,” kata Ongkili. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

RM2.8 juta selenggara 46 sekolah di Beaufort

in Edisi Sabah Sarawak by


BEAUFORT – Kementerian Pendidikan mengumumkan peruntukan RM2.8 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan 37 sekolah kebangsaan (SK) dan sembilan sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Beaufort.


Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerajaan sangat prihatin dengan keselesaan dan masa depan anak-anak, selain sentiasa berusaha memastikan hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa.


“Di mana sahaja ada sekolah, apa juga kaum pelajarnya, kita akan sentiasa pastikan pendidikan rakyat sempurna dan baik,” katanya.


Beliau berucap demikian pada majlis penyerahan bantuan awal persekolahan di Beaufort di SK Mempagar di sini hari ini.


Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan RM1,121,500 kepada Pejabat Pendidikan Beaufort.


Selain itu, Mahdzir mengumumkan RM72 juta telah diperuntukkan bagi membina semula Sekolah Menengah Sains di Bukit Padang, Kota Kinabalu untuk menggantikan bangunan sekolah itu yang semakin uzur.


Beliau juga meluluskan peruntukan RM100,000 bagi kerja penyelenggaraan SK Mempagar dan meluluskan pembinaan semula satu blok bangunan sekolah itu menggunakan sistem binaan berindustri (IBS). – Bernama

 


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Lebih 20 rumah setinggan musnah terbakar

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Lebih 20 rumah setinggan di Kampung Cenderamata 2, Likas dekat sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.


Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataannya hari ini berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.24 pagi sebelum menggerakkan tiga jentera beserta 31 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.


Menurut kenyataan berkenaan, operasi memadam kebakaran masih diteruskan di lokasi kejadian pada masa ini.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan, dua wanita nyaris maut selepas rumah mereka di Kampung Batu 60, Jalan Bambangan, Beaufort, kira-kira 90 kilometer dari sini dihanyutkan arus deras atau kepala air petang semalam.


Dalam kenyataan PGO hari ini, dua mangsa itu Rozlin Epal, 41, dan Shirley Pius, 21, terpaksa berpaut pada sebatang pokok untuk menyelamatkan diri selepas masing-masing dihanyutkan air deras kira-kira 50 meter dan 100 meter.


Kedua-duanya kemudian diselamatkan oleh anggota keluarga mereka.


Sementara itu, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian menasihatkan penduduk yang tinggal di tebing sungai agar sentiasa berwaspada dan berpindah sekiranya paras air sungai meningkat semula. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

TN50: Kanvas baharu aspirasi bersama Rakyat Malaysia

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadi kanvas baharu bersifat inklusif dan sarat di dalamnya dengan aspirasi bersama rakyat Malaysia, khususnya generasi belia masa kini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka tonggak penting menjelang kedatangan tahun berkenaan.


Dalam kata-kata aluan pada laporan ‘Kanvas Belia TN50: Aspirasi Belia Untuk Malaysia Menjelang Tahun 2050’, Najib berkata, melangkah ke hadapan, dunia semakin bergerak pantas dan meniti pelbagai cabaran baharu yang tidak lagi bersifat konvensional.


“Kerajaan sedar dan telah mengambil langkah pantas. TN50 sebagai satu hala tuju yang membolehkan kita melonjak ke arah mencapai matlamat ‘Top 20 Nations’ di dunia kelak,” katanya.


Laporan itu memaparkan aspirasi belia dan idea-idea inovatif, datang daripada suara hati akar umbi bagi merealisasikan matlamat TN50 dan masa hadapan Malaysia diimpikan bersama.


Hampir dua juta belia Malaysia telah didampingi sepanjang 2017 dengan 62,000 aspirasi telah dikumpulkan dalam penyediaan Kanvas Belia TN50, bagi mencerminkan sebuah rupa bentuk Malaysia yang diingini anak muda Malaysia ketika negara melangkah melepasi 2020.


Kesimpulan  laporan itu, antara lain, menyatakan penekanan pada 2018 akan beralih kepada usaha menterjemahkan pelbagai aspirasi rakyat Malaysia ke dalam satu pelan dasar jangka panjang negara, tugas yang akan diterajui Unit TN50 di bawah Unit Perancang Ekonomi.


Ia akan dibuat dengan kerjasama rapat kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta, selain masyarakat awam.


“Kanvas Belia TN50 serta pelbagai input lain akan menjadi asas kepada pelan dasar TN50 yang bakal dilancarkan pada Hari Malaysia 2018,” menurut laporan itu.


Ia menarik perhatian bahawa sebahagian daripada inisiatif TN50 telahpun diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2018, sekali gus menunjukkan keinginan kerajaan untuk melanjutkan aspirasi kepada tindakan.


Antara sasaran TN50 berkaitan yang dicadangkan belia ialah melihat tiada perbezaan ketara dalam Indeks Pembangunan antara rantau di Malaysia dan sifar kejadian ketidakcukupan isi rumah mengikut dimensi Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI).


Di bawah tema Mampan, Malaysia disasarkan menjadi negara yang melindungi sumber semulajadinya termasuk melalui sifar penebangan hutan dan negara neutral karbon dengan majoriti pengeluaran tenaga yang boleh diperbaharui.


Di bawah tema Bersatu Padu, sasaran TN50 yang diangkat belia ialah untuk melihat tiada polarisasi kaum dalam kalangan warga Malaysia, berkongsi identiti kebangsaan yang kukuh, selain rakyat bekerja, hidup dan bermain bersama.


Sasaran TN50 yang dilontarkan belia bagi tema Bertanggungjawab, termasuk Malaysia diiktiraf antara 20 negara teratas dalam Indeks Tadbir Urus Terbuka oleh Projek Keadilan Dunia, selain semua syarikat Malaysia dikehendaki mempunyai dasar tanggungjawab sosial.


Di bawah tema Prihatin, antara sasaran TN50 yang diletakkan belia ialah agar sikap hormat menghormati dan bertimbang rasa diiktiraf dan diamalkan sebagai nilai teras oleh orang tua dan muda.


Mereka juga menuntut supaya hubungan keagamaan dan perkauman Malaysia terkenal dengan elemen kesederhanaan, pemikiran kritikal dan dialog. – Bernama


 


 


 


 


 


 


 


 


 




 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Petani rugi lebih RM20,000

in Edisi by


MACHANG – Dua pesawah di sini, kerugian lebih RM20,000 apabila tanaman padi yang diusahakan diserang penyakit karah daun.


Tanaman padi yang diusahakan di Bendang Simpol, dekat Pangkal Petai itu melibatkan sawah seluas lapan hektar yang diusahakan dua petani tempatan.


Penolong Pegawai Pertanian Machang (Pengembangan), Mohd Zawawi Shafii berkata, serangan tersebut pertama kali berlaku di daerah ini dengan melibatkan kawasan yang sama.


Menurutnya, akibat serangan penyakit tersebut, petani terbabit hanya mampu menuai hasil sebanyak 3  tan metrik berbanding 12 tan metrik pada kebiasaannya, sekali gus menyumbang kerugian yang besar kepada mereka.


“Penyakit ini dikesan lebih awal namun petani tidak merujuk kepada Pejabat Pertanian kerana menganggapnya sebagai perkara biasa sehinggalah keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.


Tambah Mohd Zawawi, petani perlu sentiasa peka dengan tanaman yang diusahakan dan jika menghadapi sebarang masalah, mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat di Pejabat Pertanian.


Katanya, tanaman berisiko diserang penyakit berkaitan dan jika tidak dipantau, ia akan menjejaskan hasil tanaman sekali gus menyebabkan kerugian kepada pengusahanya.


“Jika ada masalah boleh datang ke Pejabat Pertanian dan kami akan membantu petani-petani terbabit termasuk mengenal pasti penyakit dan cara rawatannya.


“Sebarang kelainan pada tanaman tidak boleh dianggap perkara biasa sehingga dikenal pasti kerana ia mampu memusnahkan titik peluh yang kita usahakan,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]

Cair ayat manis, RM1,500 terbang

in Uncategorized by


SUNGAI SIPUT (U) – Seorang wanita berusia 20 tahun kerugian RM1,500 kerana terpedaya dengan helah seorang lelaki yang kononnya memberikan hadiah istimewa kepadanya, baru-baru ini.


Mangsa yang enggan namanya didedahkan memberitahu dia berkenalan dengan seorang lelaki menggunakan nama ‘Leng Wang’ dalam laman sosial Facebook pada 12 Februari lalu.


Menurutnya, lelaki itu kemudiannya meminta nombor telefonnya dan mereka berhubung melalui WhatsApp untuk beberapa hari.


“Kami mula berkawan lebih rapat dan berbalas mesej setiap hari. Leng Wang banyak mengeluarkan kata-kata manis dan banyak puji saya.


“Dia juga kata mahu memberikan hadiah kepada saya. Pada 18 Februari lepas, dia kata telah mengirimkan bungkusan hadiah dan wang tunai kepada saya.


“Keesokannya, saya menerima mesej dari nombor tidak dikenali mengatakan bungkusannya telah sampai namun dia perlu membayar RM1,500 untuk pelepasan cukai,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media dikelolakan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe, di sini.


Terpedaya dengan helah itu, wanita malang tersebut memasukkan wang berjumlah RM1,500 kepada sebuah akaun dengan nama pemiliknya Sunarti Zamani.


“Pada 20 Februari pula, saya sekali lagi menerima mesej mengatakan bungkusan tersebut mengandungi wang tunai dan memerlukan Sijil Anti Pengganas untuk dilepaskan.


“Kali ini, saya perlu membayar RM8,500 pula tapi saya tidak membuat sebarang transaksi kerana curiga dan rasa saya telah ditipu.


“Selepas berbincang dengan keluarga, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput,” ujarnya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

Pas tak mati walaupun ada ahli 'jual' kerusi

in Edisi Terengganu by


MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tidak mati walaupun ada ahlinya yang ‘menjual’ kerusi termasuk memilih lari dari perjuangan.


Sebaliknya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan parti itu akan terus mara ke hadapan.


“Kita menyaksikan bagaimana dalam perjuangan Pas, ada orang kita pilih jual kerusi, ada orang kita pilih lari dari perjuangan kerana tak tahan.


“ALLAH tidak mematikan Pas tetapi mereka yang khianat itu mati. Mereka yang khianat itu hilang, Pas makin hari makin kuat. Makin hari makin gagah,” katanya.


Beliau berkata demikian di Ceramah Perdana, Pelancaran Markas Besar PRU14 Parlimen Marang di Dewan Tok Guru, di Rusila, malam tadi.


Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Marang, Yahaya Ali.


Ahli Parlimen Marang itu berkata, jumlah keahlian Pas juga terus bertambah sehingga mencecah sejuta orang dengan kekuatan jentera berada di seluruh negara termasuk di kawasan bukan Islam.


“Saya sebut malam kelmarin, hari ini (bahawa) Pas sudah mempunyai satu juta ahli, hari ini, Pas sudah ada kawasan, (ada) 196 kawasan di seluruh negara.


“Pas ada jentera bukan macam parti lain yang bergerak di atas angin. Pas ada jentera di seluruh negara termasuk di Sabah, di Sarawak, di kawasan yang orang Islamnya sedikit ada jentera-jentera Pas,” katanya.


Beliau berkata, parti itu juga mempunyai kekuatan yang sangat kuat di peringkat akar umbi dan menaruh harapan akan mencapai kemenangan lebih besar pada PRU14 berbanding pilihanraya sebelum ini.


“Maka sumbangan yang (perlu) kita beri adalah untuk menghidupkan pokok yang tidak mati, pokok yang subur, pokok inilah yang kaedahnya berpanjangan…dari dunia sehingga hari akhirat.


“Insya-ALLAH kita akan hadap pilihanraya akan datang, yang akan diumumkan bila bila masa sahaja dan kali ini kita mengharapkan boleh mencapai kemenangan lebih besar daripada masa lalu,” katanya.


Bagaimanapun, beliau berkata, Pas masih memerlukan sokongan tambahan daripada pengundi muda yang disifatkan sebagai undi penentu yang akan menentukan kemenangan dalam PRU14.


“40 peratus pengundi muda adalah penentu kemenangan yang perlu kita tarik dengan bersungguh sungguh sama ada yang muda muslimin atau muslimat,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]

9 tentera bebas dengan jaminan polis

in Edisi Johor by


KLUANG – Sembilan anggota tentera yang dipercayai terlibat merogol seorang gadis berumur 17 tahun dalam kejadian di bandar Kluang, Disember lalu dibebaskan dengan jaminan polis semalam.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, sebelum ini, kesemua suspek telah direman tujuh hari untuk siasatan bersabit kes berkenaan.


“Kesemua suspek telah diberikan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan iaitu untuk mendapatkan laporan kimia dan asid deoksiribonukleik (DNA).


“Oleh kerana mereka adalah penjawat awam, maka kertas siasatan ini juga perlu dirujuk kepada bahagian D5 Bukit Aman dan Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.


Pada 23 Februari lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya akan mengemukakan kertas siasatan segera kepada Peguam Negara berhubung kejadian rogol berkenaan.


Beliau berkata, semua suspek berusia lingkungan 19 hingga 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan iaitu merogol berkumpulan yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.


Katanya, kejadian rogol itu berlaku pada pertengahan Disember lalu dan difahamkan, semua anggota tentera itu dari Kem Mahkota, Kluang, ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira jam 8.50 pagi Khamis lalu.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]

Neymar akan jalani pembedahan

in Sukan by


PEMAIN bintang Paris Saint Germain (PSG) , Neymar akan menjalani pembedahan susulan kecederaan di kaki kanannya ketika membantu pasukan menewaskan Marseille baru-baru ini..


Ia disahkan PSG selepas imbasan yang menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami bintang Brazil itu agak serius.


Sebelum ini, timbul pertelingkahan antara PSG dan pengurusan pasukan Brazil mengenai pembedahan Neymar.


PSG menyebut bahawa Neymar tidak memerlukan pembedahan tetapi pasukan Brazil mahu ia dilakukan kerana ia langkah terbaik untuk memastikan pemain itu dapat tampil di Piala Dunia 2018.


“Setelah rawatan awal selama tiga hari , kami telah memutuskan bahawa dia akan dibedah.


“Pembedahan itu akan diadakan di Brazil akhir minggu ini,” kata PSG dalam satu kenyataan.


Namun, PSG belum memutuskan berapa lama Neymar akan berehat tetapi dari jangkaan ia memakan masa yang agak lama.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA