PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

March 2018 - page 5

Jangan tersalah pangkah: Ahmad Shabery

in Politik by


SEMPORNA – Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan penduduk di daerah ini agar tidak tersalah undi parti pada PRU14 hanya kerana sayang pada seseorang individu.


Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, yang kuat itu bukan individu tetapi kerajaan di belakang wakil rakyat tersebut yang sebenarnya membantu rakyat.


“Sebab itu PRU kali ini jangan salah pangkah macam Filem P Ramlee iaitu Ali Baba dan 40 Penyamun, yang pangkah-pangkah tetapi terpangkah tandas dan hasilnya pun dapat isi dalam tandas,” katanya ketika berucap merasmikan Gelombang Nelayan Nasional 2018: Seaweed Splash di Tapak Regatta di sini, hari ini.


Hadir sama pada program itu Adun Senallang Datuk Seri Nasir Sakaran dan Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Adun Bugaya Datuk Ramlee Marahaban.


Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan kuat yang tidak meminggirkan warga bandar dan luar bandar yang terdiri daripada petani, pesawah dan nelayan.


“Mana ada dalam dunia menyediakan elaun untuk nelayan seperti Malaysia, pembangkang kata beri Bantuan Rakyat 1Malaysia pun dedak dan dalam manifesto pembangkang baru-baru ini satu perkataan menyebut nelayan pun tiada,” katanya lagi.


Beliau dalam pada itu mahu semua anggota Pemuda, Wanita dan Puteri Umno tidak tersalah langkah dan kerap turun padang bertemu rakyat, sahabat handai dan anggota keluarga untuk pastikan sokongan dan undi BN pada PRU14.


“Kita pastikan BN menang besar pada PRU14 ini dan saya pasti Ramlee dan Nasir akan memenangkan kawasan Semporna,” katanya. – Bernama


#prusinar #aparakyatmahu


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Dakwaan SPR sorok undi pos tuduhan liar: Ismail Sabri

in Politik by


BERA – Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyorok undi pos dan menggantikannya dengan kertas undi palsu merupakan tuduhan liar dan tidak berasas.


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang bekas pemimpin yang sudah lama sudah jadi perdana menteri dan telah melalui banyak pilihan raya.


“Saya ingat Tun Dr Mahathir ini dah lupa. SPR ini sudah ada sejak daripada zaman dia. Tidak pernah timbul pun isu SPR ini menipu dan sebagainya.”


“Kalau SPR ini dibenarkan menipu, kita (Barisan Nasional) tidak akan kalah di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan sebagainya tapi disebabkan mereka jujur, pembangkang ada yang menjadi ahli Parlimen,” katanya.


Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Purun di sini, hari ini.


Dr Mahathir dalam satu ceramah politik di Kedah dilaporkan berkata SPR akan menyorok peti undi pos dan diganti dengan undi palsu bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).


Ismail Sabri menambah tuduhan itu berkemungkinan dibuat kerana Dr Mahathir tidak yakin bahawa pembangkang boleh menang pada pilihan raya umum tidak lama lagi.


“Jadi lebih baik dia (Dr Mahathir) tuduh SPR dahulu supaya bila dia kalah nanti dia boleh mengatakan SPR sebagai punca,” katanya. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Cawangan Harapan ke-17 di Kg Padang Kulim

in Politik by


KUALA KETIL – Pakatan Harapan berjaya membuka cawangan di kubu kuat Umno di Kampung Padang Kulim apabila berjaya menarik 60 ahli baharu, hari ini.


Ketua Angkatan Muda Keadilan Baling, Mohd Aziz Sukri berkata, ia merupakan cawangan ke-17 dibuka di bawah Harapan.


“Pada hari ini, seramai 30 orang sertai PKR dan selebihnya menyertai Bersatu.


“Selepas ini, insya-ALLAH Harapan akan meneruskan program serupa di Kampung Tembak dan Kampung Parit Panjang,” katanya dalam program Penyerahan Borang Ahli Baru, di Kampung Padang Kulim.


Beliau berkata, perkembangan positif itu menambah keyakinan Harapan menghadapi PRU14.


“Sambutan kepada Harapan cukup cantik, ada juga bekas pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) hadir hari ini,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Calon nomad rugikan pengundi

in Politik by


PASIR GUDANG – Pengundi dinasihatkan supaya membuat pilihan bijak pada PRU14 dengan menolak calon nomad seperti yang ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad berkata, calon seumpama itu hanya timbul bila musim pilihan raya dan kemudian lesap selepas menang mahu pun kalah.


Menurutnya, jika pengundi memenangkan calon nomad, mereka akan rugi besar kerana wakil rakyat itu tidak memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan tersebut.


“Calon nomad inilah yang menjadi duri dalam daging kepada rakyat. Mereka akan muncul hanya lima tahun sekali, selepas itu hilang.


“Kalau pengundi pilihan calon nomad sebagai wakil rakyat, mereka akan rugi sebab tak dapat apa-apa bantuan kecuali hanya dapat janji-janji kosong,” katanya.


Normala yang juga Ketua Wanita Umno Pasir Gudang berkata, oleh itu pengundi perlu memilih calon atau wakil-wakil rakyat yang sudah terbukti sudah membuat kerja sejak sekian lama kepada rakyat dan bukan bekerja ikut musim.


Katanya, oleh itu kriteria penentuan calon bagi setiap parti penting untuk memastikan pengundi dapat membuat pilihan yang terbaik pada hari pengundian nanti.


“Sebab itulah calon-calon mesti yang sudah ada track record memberi khidmat terbaik dan sepanjang masa kepada rakyat, bukan hanya tunjuk muka bila nak bertanding saja.


“Pengundi memilih wakil rakyat yang boleh membantu mereka dari segenap aspek tapi calon nomad macam mana nak berkhidmat?,” katanya.


Terdahulu, Ahmad Zahid mengajak rakyat menolak dan tidak memberi muka kepada calon nomad iaitu wakil rakyat yang sering bertukar kawasan dalam tempoh lima tahun tanpa meninggalkan manfaat, sebaliknya kerugian.


Selain itu, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled yakin jenteranya tidak berdepan masalah untuk meleburkan angan-angan kosong pembangkang untuk menakluk negeri ini.


Menteri Besar memberitahu negeri ini bukan negeri untuk pemimpin pembangkang yang kecewa dalam politik dan bersifat nomad setiap kali pilihan raya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Cawangan Harapan ke-17 di Kampung Padang Kulim

in Edisi Utara by


KUALA KETIL – Pakatan Harapan berjaya membuka cawangan di kubu kuat Umno di Kampung Padang Kulim apabila berjaya menarik 60 ahli baharu, hari ini.


Ketua Angkatan Muda Keadilan Baling, Mohd Aziz Sukri berkata, ia merupakan cawangan ke-17 dibuka di bawah Harapan.


“Pada hari ini, seramai 30 orang sertai PKR dan selebihnya menyertai Bersatu.


“Selepas ini, insya-ALLAH Harapan akan meneruskan program serupa di Kampung Tembak dan Kampung Parit Panjang,” katanya dalam program Penyerahan Borang Ahli Baru, di Kampung Padang Kulim.


Beliau berkata, perkembangan positif itu menambah keyakinan Harapan menghadapi PRU14.


“Sambutan kepada Harapan cukup cantik, ada juga bekas pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) hadir hari ini,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]

Kenaikan elaun askar wataniah diumum

in Nasional by


BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kenaikan elaun anggota lain-lain pangkat dan pegawai Askar Wataniah masing-masing  daripada RM6 kepada RM8 dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam.


Beliau berkata kenaikan elaun itu bagi menghargai jasa dan kesetiaan anggota dan pegawai askar Wataniah di seluruh negara sebagai benteng kedua menjaga keselamatan negara.


“Saya umumkan elaun bagi pihak Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dinaikkan dengan rasminya.


Elaun dibayar mulai (sama tarikh) Perdana Menteri mengumumkan kenaikan elaun Rela (tarikh umum 10 Mac), ertinya mana-mana pegawai yang bertugas sebelum ini harus dibayar penuh mengikut elaun yang diberikan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Gelombang Askar Wataniah Zon Tengah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Panglima Tentera Darat Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.


Bercakap mengenai Kem Tentera Hutan Melintang, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk menyifatkan pihak yang mendakwa pembinaan kem tersebut bertujuan untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih Hutan Melintang dan menambah undi bagi Parlimen Bagan Datuk adalah naif.


“Sebenarnya mereka naif, mereka tak tahu ini (pembinaan) adalah strategi Kementerian Pertahanan kerana kem yang terdekat adalah di Sungai Besi dan Subang manakala di sebelah utara adalah (Pangkalan) Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut tetapi di tengah-tengah tak ada.


“Dari segi geostrategik, Bagan Datuk perlu ada kem Angkatan Tentera Malaysia, ia adalah untuk menterjemahkan stategi pertahanan ATM,” katanya sambil menambah kem itu telah 50 peratus siap.


Beliau berkata pembinaan kem tersebut tiada kaitan dengan PRU13 atau PRU14, sebaliknya ia dibina ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dengan kerjasama Sime Darby dan kelulusan kerajaan negeri.


“Ia tiada kena mengena dengan matlamat politik. Kita nak bagi tahu pada puak-puak yang tidak bersetuju dengan ATM jangan merendahkan tentera, askar wataniah dan PLKN (Program latihan Khidmat Negara),” katanya. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Cadang rumpai laut sebagai Super Food Malaysia ke FAO

in Nasional by


SEMPORNA – Malaysia akan mencadangkan kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) untuk mengangkat rumpai laut negara, dengan 88 peratus diusahakan di Semporna sebagai ‘Super Food’ Malaysia.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata cadangan itu merupakan antara usaha untuk meningkatkan lagi promosi rumpai laut negara di peringkat antarabangsa.


“Rumpai laut salah satu ‘super food’ yang dihasilkan Malaysia kerana kandungan nutrisi cukup tinggi, tinggi garam galian, vitamin, iodin dan peranannya sebagai bahan asas termasuk untuk membuat jeli dan keropok.


“Selain itu, untuk tujuan farmaseutikal kerana rumpai laut mempunyai nilai tinggi,” katanya antara lain turut membawa cadangan madu kelulut sebagai Super Food Malaysia.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program mega Gelombang Nelayan Nasional 2018: Seaweed Splash di Tapak Regatta di sini, hari ini.


Hadir sama pada program itu Adun Senallang Datuk Seri Nasir Sakaran serta Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Adun Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban.


Sementara itu, Shabery meluluskan peruntukan RM500,000 kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan pemimpin tempatan.


“Fokus kerajaan sebelum ini meningkatkan penghasilan rumpai laut termasuk dalam pengurusan, serta membekalkan kemudahan.


“Namun bagi saya pengeluaran (sahaja) tidak mencukupi kalau pengeluaran sahaja baik tetapi harganya tidak baik dan ini melibatkan masalah pemasaran dan bagaimana membaiki sistem rantaian nilai,” katanya.


Dalam pada itu beliau turut mengarahkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil maklum untuk menyegerakan permohonan pembangunan jeti dan kompleks nelayan di Semporna.


Terdahulu Nasir ketika berucap pada program itu berharap kerajaan Barisan Nasional dapat menyediakan jeti dan tempat pemunggahan ikan kondusif untuk Semporna yang mempunyai 1,186 nelayan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan di Sabah.


Pada program Seaweed Splash itu, kira-kira 5,000 komuniti nelayan dan 500 bot berkumpul di tapak regatta bagi memeriahkan perasmian majlis  itu. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

BN Sepanggar tidak gusar soal siapa calon

in Politik by


SEPANGGAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yakin kerjasama pemimpin Barisan Nasional (BN) Sepanggar akan kekal utuh walaupun muka baharu dijangka ditampilkan sebagai calon di kawasan Parlimen itu pada PRU14.


Beliau berkata ini kerana BN Sepanggar mempunyai pemimpin yang sentiasa akur kepada sebarang keputusan pucuk pimpinan parti dan tidak mudah putus asa untuk berkhidmat kepada rakyat.


“Saya kira kepimpinan di Sepanggar akan akur dengan  keputusan bakal dibuat Pengerusi BN, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman, khususnya berkenaan penentuan calon (bertanding) di semua kawasan, termasuk di Sepanggar.


“Saya secara peribadi telah berjumpa dengan anggota Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris dan kami membuat keputusan bahawa apa sahaja berlaku di Sepanggar (penentuan calon  PRU14), tujuan kami adalah dua iaitu mempertahankan kerusi Parlimen Sepanggar dan kerusi Dun Karambunai serta merampas semula kerusi Dun Inanam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Bersama Pemimpin Masyarakat Sepanggar di sini, hari ini.


Abdul Rahman, yang juga anggota Parlimen Kota Belud menjawab desas desus bahawa  beliau akan dicalonkan untuk kerusi Parlimen Sepanggar pada PRU14.


Beliau juga menjelaskan kekerapannya berjumpa dengan rakyat di Sepanggar adalah atas kapasitinya sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi memastikan Sepanggar sebagai lokasi pelabuhan utama negeri  menjadi antara pemacu pembangunan ekonomi negeri.


“Kita (BN) berjuang (di semua kawasan) dalam pelbagai kapasiti, tidak semestinya sebagai YB (Yang Berhormat),” kata Abdul Rahman. – Bernama


#prusinar #aparakyatmahu


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

ICQS buka 24 jam atasi penyeludupan

in Edisi by


JOHOR BAHRU – Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam yang dijangka beroperasi selama 24 jam diharap dapat mengekang kegiatan penyeludupan yang kerap berlaku di kawasan itu.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan juga akan mempergiatkan kerjasama dengan Thailand bagi mempertingkatkan penguatkuasaan di negara masing-masing.


“Sebenarnya aktiviti penyeludupan menjadi masalah kepada Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) kerana penyeludup menggunakan pelbagai taktik untuk menyeludup dadah ke dalam negara kita.


“Kita juga telah meningkatkan kerjasama kita dengan kerajaan Thailand dari segi penguatkuasaan untuk memastikan aktiviti ini dapat dibendung dengan pembukaan ICQS Bukit Kayu Hitam yang dijangka akan beroperasi 24 jam.


“Pada masa kini, ia beroperasi sehingga 12 jam dan diharap pemanjangan operasi dapat membantu pihak berkuasa memantau aktiviti jenayah termasuk penyeludupan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perancangan kerajaan untuk meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan.


Terdahulu, dua lelaki rakyat tempatan ditahan selepas penemuan 700 kilogram dadah jenis Ice dari sebuah lori mengangkut nenas dan tembikai di Chumphon, selatan Thailand pada 28 Mac lepas.


Terdahulu, beliau merasmikan Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai di Jalan Pekaka 5, Taman Perling, di sini, semalam.


Dalam pada itu, ketika diminta mengulas amanat Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta Nur Jazlan mempertahankan kerusinya di Parlimen Pulai dan Dun Kempas serta merampas kerusi Dun Perling, beliau yakin pengundi akan kembali menyokong BN.


“Majoriti undi di Pulai pada PRU lepas menurun disebabkan pada ketika itu rakyat mengalami demam kerana percayakan pembangkang. Sekarang demam sudah tiada kerana kerajaan telah beri ubat dan laksanakan apa yang perlu dan saya rasa demam itu sudah tiada.


“Atas sebab itu, pembangkang pula yang demam kerana mencari tempat terutamanya di negeri Johor ini. Dengan kempen yang baharu dilancarkan TPM, saya yakin kepimpinan Menteri Besar (Datuk Seri Khaled Nordin) iaitu kita pilih biru akan menjadi kempen yang akan meyakinkan rakyat yang mana tiada pilihan pengundi melainkan BN,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

TH yakin dapat kouta haji tambahan tahun ini

in Nasional by


BALING – Lembaga Tabung Haji (TH) yakin akan mendapat kuota tambahan untuk jemaah haji tahun ini berdasarkan hubungan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud.


Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bagaimanapun, berkata keputusan permohonan kuota tambahan kepada kerajaan Arab Saudi kebiasaannya hanya akan diketahui pada saat akhir sebelum bermula musim haji, Ogos ini.


“Lazimnya kita akan dapat hujung-hujung, sebab mereka (Arab Saudi) nak tentukan semua negara selesai, ada baki (kuota haji) barulah mereka akan beri keutamaan kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Geran Tanah Peserta-Peserta FELCRA Berhad Kawasan Iboi Tiak, di sini hari ini.


Ketika ini, kuota  rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal 30,200 orang seperti tahun lalu berbanding 22,230 selama tiga tahun sebelum ini.


Abdul Azeez juga menafikan kononnya TH memberi keutamaan kepada anggota Umno untuk menunaikan ibadah haji hanya kerana beliau turut memegang jawatan dalam parti itu.


“Semua yang berdaftar adalah layak mengikut giliran…TH tak pernah main politik walaupun saya pemimpin Umno yang menjaga TH,” katanya. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

1 3 4 5 6 7 48
Kembali UTAMA