1,500 serbu Jualan Sentuhan Rakyat

in Edisi Johor by


PONTIAN – Program Jualan Sentuhan Rakyat bagi Parlimen Tanjung Piai terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai bagi mendapatkan barangan 30 peratus lebih murah dari harga pasaran.


Program yang diadakan di Tapak Niaga, Masjid Jamek Pekan Nanas diserbu kira-kira 1,500 penduduk yang datang seawal jam 2 petang untuk membeli pelbagai barangan yang dijual di situ.


Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee  Jeck Seng berkata, sambutan baik daripada orang ramai menunjukkan program ini mendapat tempat di hati orang ramai yang sentiasa menanti program tersebut.


Menurutnya, program yang dijalankan dengan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta swasta berjaya membantu mengurangkan kos hidup rakyat bagi membeli barangan keperluan harian.


“Program ini akan diteruskan di lokasi lain bagi memberikan peluang kepada orang ramai termasuk di kawasan luar bandar seperti di Kampung Melayu Raya, Parit Haji Adnan dan sebagainya,” katanya.


Sempena program tersebut, 300 bungkus tepung, gula, minyak masak, bawang dan susu diberikan secara percuma kepada orang ramai yang datang.


Hadir sama Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Piai, Zarina Mohamed Bain; Ketua KPDNKK Cawangan Pontian, Sharizat Samat dan Pegawai Fama Daerah Pontian, Daud Mohd Noor.


Jeck Seng berkata, penglibatan pelbagai pihak jelas menunjukkan komitmen kerajaan bagi membela rakyat terutama dalam menangani kos sara hidup yang meningkat ketika ini.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]