AS bantah draf UNSC

in Global by


NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Draf Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa siasatan dilakukan ke atas pertempuran di sempadan Gaza-Israel yang diserahkan semalam menerima bantahan Amerika Syarikat (AS).


Beberapa diplomat berkata, draf berkenaan diserahkan oleh Kuwait sebagai mewakili negara-negara Liga Arab yang menggesa satu siasatan bebas dan telus diadakan berhubung keganasan terbaru itu.


Draf itu turut melahirkan rasa bimbang terhadap situasi terkini di sempadan, selain menegaskan hak penduduk Palestin untuk mengadakan tunjuk perasaan secara aman dan menyuarakan rasa sedih atas kehilangan nyawa yang tidak berdosa.


Ia diedarkan kepada majlis Jumaat lalu namun menerima bantahan AS semalam dan menegaskan bahawa mereka tidak menyokong kenyataan itu, kata seorang diplomat UNSC.


Pertempuran yang berlaku berhampiran sempadan Gaza Jumaat lalu menyebabkan 16 penduduk Palestin maut dan lebih 1,400 lagi cedera dengan 758 daripadanya terkena tembakan manakala bakinya cedera akibat ditembak dengan peluru getah serta terhidu gas pemedih mata. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]