Enam motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan

in Edisi Johor by


KOTA TINGGI – Sebanyak enam motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan 2018 dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, ops dijalankan bermula jam 10 hingga 12.30 tengah malam itu melibatkan kawasan bandar Kota Tinggi.


Menurutnya, seramai 12 anggota melibatkan pegawai dan anggota trafik serta anggota Balai Kota Tinggi menyertai ops kali ini.


“Seramai 38 individu diperiksa dalam ops tersebut. 35 motosikal diperiksa di mana 24 daripadanya dikenakan saman.


“Ia membabitkan enam kesalahan lesen memandu, 11 kesalahan lesen kenderaan motor (LKM), satu cermin sisi, tiga nombor plat fancy, satu pelekat L/P dan dua kenderaan tidak sempurna aksesori,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Katanya, tiada tangkapan dilakukan  dalam operasi itu namun enam motosikal disita.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]