Ismail jadi calon Dun Labu?

in Politik by


SEREMBAN – Penyelaras PKR Dun Labu, Ismail Ahmad dijangka menjadi calon Dun Labu pada PRU14 ini.


Bagaimanapun, Pengerusi PKR Negeri Aminuddin Harun memaklumkan perkara tersebut hanya akan diumumkan oleh Presiden Parti tidak lama lagi.


Katanya, Dun Labu merupakan salah satu kerusi yang dalam perhatian untuk menang.


“Pada kali ini kita akan memberi tekanan kepada pihak lawan dan nekad untuk menang bagi memastikan misi menawan kerajaan negeri tercapai.


“Oleh sebab itulah, kita mahu memastikan calon kita mestilah benar-benar berkelayakan dan diyakini boleh menang,” katanya.


Tambahnya, setakat tempoh ini, jumlah pengundi di Dun Labu adalah sebanyak 17,801 berbanding sebelum ini 17,254 orang.


Beliau berkata demikian semasa bertemu masyarakat dalam Program Gotong-Royong dan Jualan Amal, untuk mencari dana PRU14 N20 Labu, di Batu 8 dekat sini hari ini.


Turut hadir, Setiausaha Pakatan Harapan Negeri, merangkap calon Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.


Pada program tersebut, sebanyak 500 batang lemang dibakar, dengan menggunakan lebih 250 biji kelapa, serta 150 ekor ayam.


Kerja-kerja ini dilakukan secara gotong-royong sejak malam Sabtu lalu, sebelum diserahkan kepada orang ramai sekitar jam 2 petang hari ini.


#prusinar #aparakyatmahu


Source: SH Politik

[featured-video-plus]