Jihan Muse, Ungku Hariz dedah wajah anak

in Hiburan by
Jihan Muse, Ungku Hariz

Jihan Muse, Ungku Hariz dedah wajah anak


AKHIRNYA pelakon, pengacara dan pelawak, Jihan Muse buat pertama kalinya mendedahkan wajah putera sulungnya yang sebelum ini dikenali sebagai Baby Ninja selepas lebih dua bulan melalui proses berpantang.


Jihan dan suami, Ungku Hariz memperkenalkan bayi comel mereka dalam majlis Aqiqah dan cukur jambul yang diadakan pada hari ini.


Pada majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekatnya itu, pasangan ini turut berkongsi nama yang telah dipilih buat anak mereka iaitu Ungku Arsalan Haq.


Sebelum ini Jihan dan suami mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka terlebih dahulu sehingga tiba waktu yang difikirkan sesuai iaitu pada hari ini ketika majlis Aqiqah.


Pastinya peminat turut berkongsi kegembiraan kerana sebelum ini ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah comel baby ninja yang lahir pada 25 Januari lalu ini.


Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016 setelah lebih 9 tahun saling mengenali.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]