Jong-un ‘layan’ konsert K-pop

in Global by


SEOUL – KOREA SELATAN. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bersama isterinya, Ri Sol Ju menghadiri konsert penyanyi K-pop yang diadakan di Pyongyang, hari ini selepas ketegangan antara kedua-dua negara semakin reda


Ia adalah pertama kali Jong-un menghadiri persembahan seperti itu malah beliau turut dilihat bertepuk tangan mengikut alunan lagu selain mengambil gambar bersama artis.


Konsert selama dua jam itu berlangsung selepas pertunjukan tae kwan do yang turut diadakan secara berasingan sempena lawatan timbal balik susulan Korea Utara menghantar delegasi mereka ke Seoul sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang pada Februari lalu.


“Jong-un sangat teruja sepanjang konsert. Beliau juga ada bertanyakan tentang lirik dan lagu dalam persembahan itu,” kata Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelac Do Jong-whan.


Difahamkan, konsert ‘Spring is Coming’ yang diadakan di Teater Besar Pyongyang Timur itu membariskan 11 artis Korea Selatan termasuk vokalis veteran, Cho Yong-pil, Lee Sun-hee, bintang rock Yoon Do-hyun dan kumpulan K-pop, Red Velvet. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]