Makmal angkasa 'kembali' hari ini

in Global by


BEIJING – Makmal angkasa lepas China, Tiangong-1 dijangka jatuh kembali ke bumi selewat-lewatnya pada hari ini.


Pihak berkuasa di Beijing memaklumkan objek seberat lapan tan itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan sebarang kemusnahan dan ia hanya akan menawarkan ‘pertunjukan indah’ seperti hujan meteor.


Sementara itu, Agensi Angkasa Eropah (ESA) mengesahkan aliran berkelajuan tinggi zarah solar tidak akan menyebabkan ketumpatan bahagian atmosfera seperti dijangkakan sebelum ini.


“Peningkatan ketumpatan sedemikian akan menarik kapal angkasa jatuh ke bawah lebih awal dan mungkin ‘berubah-ubah’. Terdapat ketidakpastian di mana lokasi komponen dari makmal itu akan jatuh,” jelasnya.    


Sebelum ini, Pejabat Kejuruteraan Angkasa China (CMSEO) menerusi akaun media sosial WeChat memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang dengan insiden itu.


“Keadaan makmal angkasa yang jatuh itu bukan seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen. Tiada yang perlu dikhuatirkan tentang kesannya pada bumi atau orang ramai,” ujarnya.


Difahamkan, makmal angkasa pertama China itu dilancarkan ke orbit pada 2011 dan misinya tamat pada Mac 2016.   


Tiangong-1 adalah sebagai sebahagian daripada cita-cita program angkasa lepas Beijing yang mahu menempatkan sebuah stesen angkasa lepas tetap di orbit bumi menjelang 2023. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]