‘Najib tidak baca bab falsafah’

in Politik by


SHAH ALAM – Pakatan Harapan (Harapan) menempelak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa manifesto gabungan pembangkang itu tidak mengandungi kandungan kukuh untuk menegakkan dan meneguhkan ekonomi Bumiputera.


Ketua Setiausahanya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, manifesto yang diketengahkan Harapan adalah bersifat holistik dan merangkumi pelbagai perkara yang ditujukan untuk semua rakyat termasuk Melayu dan Bumiputera.  


“Masalah Najib adalah beliau berpegang pada politik ras. Baginya, semua perkara dilihat dari sudut ras.  


“Sebab itu, persempadanan semula terkini yang mana meningkatkan jumlah kawasan Parlimen dan Dun mengikut pembahagian ras, dianggapnya betul,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Kelmarin, Najib membuat kenyataan daripada 60 janji Harapan, hanya ada satu janji yang menyebut perkataan ekonomi Bumiputera.  


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Saifuddin turut menyifatkan Najib tidak akan memahami bahawa Harapan melihat pembangunan negara dari sudut yang inklusif, adil serta saksama.


“Najib tidak baca bab falsafah dalam manifesto kami di mana terdapat ikrar yang jelas tentang mempertahankan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera.  


“Ia falsafah yang memayungi 60 janji itu. Tapi Najib tak faham falsafah,” tegasnya.


#prusinar #aparakyatmahu


Source: SH Politik

[featured-video-plus]