'Nasib baik abang bomba ada'

in Uncategorized by


BUKIT CHANDAN – Tugas anggota bomba bukanlah semata-mata memadamkan kebakaran mahupun menyelamatkan nyawa manusia sahaja sebaliknya lebih daripada itu.


Semalam, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menyelamatkan seekor anak kucing terperangkap atas bumbung sebuah rumah.


Ketua Operasinya, Shamsu Bahrin Abd Aziz berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 10.35 pagi.


“Setibanya anggota di lokasi, tuan rumah memberitahu terdapat seekor anak kucing berada di atas bumbung rumahnya.


“Anggota kemudiannya naik ke bumbung dan mendapati anak kucing itu terperangkap di salah satu bahagian bumbung rumah itu.


“Anggota kemudiannya mengeluarkan anak kucing itu dengan berhati-hati sebelum membawanya turun,” katanya.


Haiwan comel itu kemudiannya diserahkan kepada pemiliknya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya kita-kira 30 minit kemudian.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]