'Tak sangka menang kereta'

in Nasional by


TELUK INTAN – Seorang pekerja kedai makan tidak menyangka cubaan pertamanya menyertai cabutan bertuah membuahkan hasil apabila memenangi hadiah perdana sebuah Perodua Myvi baharu 1.3.


Mohd Aszar Odin, 40, dari Kampung Terengganu, Teluk Intan berkata, pada mulanya dia hanya ingin mengunjungi Road To MAHA 2018 Zon Utara di Dataran Menara Condong selepas mendengar rakannya bercerita mengenai kemeriahan program berkenaan.


“Apabila sampai petang tadi (semalam) saya lihat ramai orang beratur dan mereka cakap daftar untuk cabutan bertuah dan hadiah utama dia kereta Myvi warna merah sebelah pentas utama.


“Saya pun mendaftar tetapi tidak terfikir untuk memenangi kereta tersebut kerana tak pernah menyertai apa-apa acara cabutan bertuah dan menunggu sehingga acara perasmian dimulakan,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurut Mohd Aszar ketika namanya diumumkan dia terkaku dan menggeletar kerana tidak menyangka dirinya memenangi sebuah kereta kerana dia tidak mampu untuk membelinya ekoran bekerja sebagai pembantu kedai makan.


“Pada mulanya mereka mengumumkan pemenang kereta berkenaan seorang wanita tetapi selepas tiga kali dipanggil pemilik nama berkenaan tidak muncul dan bila cabutan kedua nama saya naik jadi saya terkaku.


“Ini adalah kereta pertama dan saya tidak sangka ALLAH SWT murahkan rezeki saya dan sampai sekarang saya rasa macam sedang bermimpi bahawa menang kereta,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]