Angka kematian Palestin meningkat 17 orang

in Global by


GENTING GAZA – PALESTIN . Seorang pemuda Palestin meninggal dunia hari ini, tiga hari selepas dia ditembak tentera rejim Zionis ketika menyertai tunjuk perasaan di pagar sempada Gaza-Israel, kata Kementerian Kesihatan Palestin.


Kematian Faris al-Raqib menjadikan angka penduduk Palestin yang terkorban sejak Jumaat lalu meningkat kepada 17 orang.


Pemuda berusia 29 tahun itu ditembak di perut semasa pertempuran dengan tentera Israel.


Pertempuran yang berlaku berhampiran sempadan Gaza Jumaat lalu turut menyebabkan lebih 1,000 cedera dengan sebahagian besarnya terkena tembakan manakala bakinya cedera akibat ditembak dengan peluru getah serta terhidu gas pemedih mata.


Tunjuk perasaan ini merupakan sebahagian daripada agenda rakyat Palestin yang telah memulakan ‘Perarakan Kepulangan Besar-besaran’ selama enam minggu di sepanjang sempadan Gaza-Israel. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]