Dewan negara lulus RUU Perbekalan Tambahan (2017) 2018

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2017) 2018 berjumlah RM7.12 bilion dengan suara majoriti, selepas bacaan kali ketiga.


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata, penyediaan bajet tahunan disediakan berdasarkan keperluan dan juga komitmen yang dikemukakan oleh kementerian ataupun jabatan.


“Bagaimanapun kerajaan tidak dapat menyediakan sepenuhnya keperluan jabatan atau agensi kementerian kerana agihan peruntukan juga tertakluk kepada anggaran kedudukan kewangan atau hasil kerajaan pada tahun bajet dibentangkan.


Sebarang keperluan yang tidak mencukupi akan ditampung sekiranya terdapat pertambahan hasil pada tahun semasa,” katanya ketika menggulung RUU itu bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Negara hari ini.


RUU itu diluluskan Dewan Rakyat minggu lepas. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]