Digital Johor 4.0: Kerajaan peruntuk RM200 juta

in Edisi Johor by


ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Pusat menyokong penuh inisiatif strategik diilhamkan kerajaan negeri iaitu Digital Johor 4.0 dengan memperuntukkan RM200 juta.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, beliau juga akan mendapatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu menyediakan pelan induk inisiatif itu.


“Berpandukan pada pelan induk itu, SKMM akan membantu melaksanakan pelan tersebut.


“Ini sama seperti mana kerjasama kita dalam melaksanakan Program Transformasi Nasional. Untuk ini, peruntukan sebanyak RM200 juta akan disediakan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Johor 4.0 yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kompleks Sukan EduCity di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi REDtone International Bhd, Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim yang juga Tunku Puteri Johor.


Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, inisiatif strategik tersebut dilancarkan untuk memastikan negeri ini, bersedia menyambut ketibaan ekonomi digital.


Katanya, Digital Johor 4.0 dibentuk dengan berdasarkan satu kerangka khusus untuk mentransformasikan ekonomi negeri ini menjadi ekonomi digital. 


“Inisiatif ini dihasilkan setelah kita meneliti Kajian dan Pelan Tindakan Digital Johor dan Johor 4.0, dan ianya dilaksanakan juga kerana kita memahami inilah keperluan negeri ini dan juga masyarakatnya,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]