Pakatan Harapan Tambun selar kenyataan Ahmad Husni

in Politik by


IPOH – Parti Amanah Rakyat (Amanah), Parlimen Tambun menyelar hasrat Ahli Parlimen Tambun, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah yang mahukan sokongan penuh rakyat kepada agar Parlimen berkenaan mencatat majoriti tinggi pada PRU14 kelak.


Pengarah Pilihan Rayanya, Zairul Azrun Zainal Abidin berkata, hasrat berkenaan dilihat hanya sebagai usaha untuk membina semula keyakinan rakyat menjelang PRU14 yang dijangkakan  sengit ini.


Malah katanya, hasrat  berkenaan dilihat hanya sebagai usaha membina semula keyakinan ahli Umno parlimen berkenaan menjelang PRU14, di sebalik kemelut dalaman yang dihadapi.


“Husni sedar majoriti rakyat menolak BN termasuk di Tambun. Apatah lagi Umno Tambun sendiri berhadapan dengan perpecahan dalaman yang tidak mampu dibendung lagi,.


“Oleh itu, kenyataan itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan khususnya ahli Umno untuk menyertai PRU14,” katanya kepada Sinar Harian.


Zairul Azrun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahmad Husni yang mahukan rakyat di Parlimen Tambun memberikan sokongan padu kepada BN dan sekaligus mencatat jumlah majoriti tertinggi dalam sejarah parlimen berkenaan.


Sementara itu, Zairul Azrun berkata,  Pakatan Harapan secara keseluruhannya telah bersedia untuk untuk mengharungi PRU14, kelak.


Katanya, hasil gabungan empat parti melibatkan Amanah, Bersatu, DAP dan PKR, Pakatan Harapan dilihat memiliki jentera pilihan raya yang agak mantap.


“Pakatan Harapan secara keseluruhannya telah bersedia untuk PRU14.


“Oleh itu, kita yakin Pakatan Harapan Tambun akan berjaya menawan Dun Manjoi, Hulu Kinta dan sekaligus Parlimen Tambun secara keseluruhannya,” katanya lagi.


#prusinar #aparakyatmahu


Source: SH Politik

[featured-video-plus]