Persiapan terbaik BN berbanding PRU sebelum ini

in Politik by


PELABUHAN KLANG –  BN Selangor berada pada tahap persiapan yang tertinggi bagi menghadapi PRU14, kata Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Nasarruddin M Zin. 


Beliau yang juga koordinator merangkap pengarah pilihan raya Dun BN Pelabuhan Klang, berkata, dari segi persiapan bagi menghadapi PRU14 pada kali ini lebih baik berbanding sebelum ini.


Katanya, apa yang berlaku pada penggal lepas patut dijadikan pedoman dan pengajaran.


Penyusunan gerak kerja sejak hampir lima tahun kebelakangan ini menampakkan seluruh jentera BN berada dalam tahap kemahiran yang tinggi.


“Apa jua latihan yang diterima, kita buat. Kita selalu memperbaiki setiap kelemahan dengan mengatasinya dan dapat melaksanakannya dengan lebih lancar lagi. Itu adalah daripada sudut touch point dan berjumpa dengan rakyat.


“Dari segi sudut kemahiran menjalankan kerja-kerja pilihan raya. Berjumpa pengundi, mengeluarkan pengundi, menguruskan pengundi kita telah menjalani lebih lima kali latihan,” katanya pada majlis pemberian 2,000 cermin mata secara percuma BN peringkat Dun N46 Pelabuhan Klang di pekarangan bilik gerakan Sri Idaman, Kampung Idaman, semalam.


Menurutnya, dari segi peringkat  perhubungan secara keseluruhan, persiapan yang dilakukan terus sampai ke peringkat cawangan berbanding penggal sebelum ini.


Katanya, sudah dua minggu jentera parti bergerak ke semua rumah iaitu hampir 10,000 lebih rumah dan menjumpai seramai 10,000 lebih pengundi.


Tambahnya, setiap minggu pelbagai program diadakan untuk rakyat seperti touch point, program santai pemuda, program bersama wanita muda dan sebagainya dan kebanyakan program yang dilakukan adalah untuk semua kaum.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]