PRU14: Manifesto BN fokus agenda trasformasi negara

in Politik by


KUALA LUMPUR  – “Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRU14 akan memberikan fokus kepada agenda transformasi negara untuk masa depan yang lebih baik bagi tempoh lima tahun akan datang,”  kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.


Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memberikan perhatian khusus kepada agenda mentransformasikan negara dalam manifesto kali ini yang dijadual dibentang dan diumumkan, Sabtu ini.


“Manifesto kali  ini sangat berbeza dengan yang sebelum ini. Ia bukan sekadar manifesto sahaja tetapi satu visi ke hadapan.


“Konsep manifesto adalah lebih kepada agenda transformasi negara seperti lebih banyak pekerjaan, kedudukan ekonomi lebih kukuh dan rizab bertambah. Kami merancang untu mernghasilkan lebih banyak kemakmuran,” katanya selepas sesi sembang meja bulat di pejabatnya hari ini.


Mengulas lanjut, Annuar berkata BN tidak akan menabur janji berbentuk populis seperti penghapusan pinjaman pendidikan dan harga kereta murah yang kelak akan menyukarkan kerajaan jika dilaksanakan kelak.


“Kerajaan  tidak boleh memancing kerana selepas PRU berakhir, kerajaan perlu duduk meja rundingan dan berhadapan realiti tentang apa yang dirancang,” tambahnya tanpa mendedahkan lebih lanjut mengenai intipati manifesto tersebut. – Bernama


#prusinar #aparakyatmahu


Source: SH Politik

[featured-video-plus]