Shiva berlakon drama TV Amerika Syarikat

in Hiburan by
Shiva

Shiva berlakon drama TV Amerika Syarikat


DIAM-diam ubi berisi. Pepatah itu sesuai ditujukan buat pelakon Malaysia yang kini berpangkalan di New York, Shiva Shobitha Kalaiselvan, 34 tahun.


Masakan tidak, tanpa menguarkan apa-apa, Shiva telah membuatkan ramai rakyat bangga apabila dia terpilih berlakon  dalam siri televisyen popular Amerika Syarikat, Gotham.


Pelakon kelahiran Lembah Klang itu memainkan watak Lelia, seorang pemimpin kontinjen wanita League of Shadows, yang sangat setia kepada ajarannya.


Menurut laporan Astro Awani, netizen mula riuh di sosial media apabila Shiva muncul membuat debutnya  dalam episod A Dark Knight: One Of My Three Soups, pada Jumaat.


Shiva merupakan lulusan Indiana University dan mengikuti kursus pasca siswazah di Columbia University, New York.


Dia yang kini berpangkalan di New York pernah terlibat dalam dua produksi teater dengan syarikat Next In Line Productions.


Di Malaysia, Shiva pernah muncul dalam drama teater ‘After Juliet’ dan ‘Girls Malaysia’ di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPaC).


Siri TV Gotham telah bersiaran sejak tahun 2014, dan dibintangi oleh nama-nama besar seperti Erin Richards, Ben McKenzie dan Donal Logue.


Ia berkisar kehidupan Bruce Wayne atau Batman di bandar Gotham ketika muda dan beberapa musuhnya termasuk Joker dan Penguin.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]