'Bersatu memang tak ada cawangan’

in Politik by


KUALA LUMPUR – Bersatu sudah lama memaklumkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bahawa parti itu tidak mempunyai ahli di peringkat cawangan.


Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu sudah dijelaskan kepada RoS bahawa Bersatu tidak ada cawangan.


“Kita dah beritahu RoS dah lama dah bahawa kita tidak ada cawangan.RoS dah tahu Bersatu memang tak ada cawangan.


“Sebab itu bila adakan mesyuarat agung kita tak boleh ada orang dari cawangan masuk dalam bahagian untuk pilih wakil ke mesyuarat agung,” katanya.


Tun Mahathir menjelaskan, perkara itu sudah  pun diketahui RoS.


“RoS tanya sekali lagi, kita beritahu benda yang sama lah,” ujarnya.


Terdahulu, Bekas Exco Pemuda Bersatu, Mohamad Taufik Abas berkata, RoS sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengharamkan Bersatu dengan segera kerana kepimpinan parti tersebut gagal melaksanakan apa yang sepatutnya dilakukan sebagai sebuah parti pertubuhan.


“Sudahlah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, ingin bersuara juga tidak dibenarkan.


“Malah, macam mana boleh bermesyuarat agung jika tidak ada mesyuarat di peringkat bawahan dan peringkat bahagian, tiba-tiba sahaja sudah ada perwakilan di mesyuarat agung pada penghujung tahun 2017,” katanya dalam satu kenyataan.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]