Bina Paint terus kukuh

in Bisnes by


JENAMA pengeluar cat hiasan luar dan dalam bangunan, Bina Paint optimis  dapat tembusi pasaran luar negara berikutan sambutan positif  yang diterima sempena Minggu Pembinaan Antarabangsa berlangsung.  


Bina Paint dalam satu kenyataan memberitahu, ramai pengunjung dari negara Afrika Selatan, Perancis dan lain-lain berminat menjadi pengedar produk.


“Sehubungan itu, Bina Paint akan mengadakan satu sesi kunjungan ke negara-negara berminat dan ia akan dibuat dengan kerjasama pihak Matrade,” katanya.


Menurut Bina Paint, selain mengeluarkan cat hiasan luar dan dalam bangunan, ia juga mengeluarkan bahan kalis air dan cat gelanggang sukan seperti tenis, futsal, badminton dan bola tampar.


“Sesuai dengan penekanan produk hijau masa kini, produk yang dihasilkan menggunakan teknologi hijau ini telah mendapat lesen pengilangan Eko-Label dan pengiktirafan ‘Carbon Foot Print’ daripada Sirim.


“Pada masa ini Bina Paint telah mengeluarkan mesin pembancuh cat automatik bertemakan ‘Colour Inspiration’ yang boleh menghasilkan kepelbagaian warna menarik dalam tempoh singkat.


“Di antara kelebihan kepada pengedar ialah mereka hanya perlu menyimpan stok minimum dan boleh menjimatkan ruang penyimpanan stok. Sementara pengguna yang terdiri daripada pelbagai budaya dan cita rasa boleh memilih warna-warna kegemaran pilihan dan akan diproses hanya tiga minit sahaja.


“Perkhidmatan perunding warna juga disediakan bagi membantu pengguna membuat pilihan yang tepat,” katanya.


Bina Paint telah berjaya mendapat pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah mengikut standard MS9001:2014 yang meliputi aspek pengurusan, kewangan, produk, kakitangan, pemasaran dan lain-lain yang berasaskan syariah.


“Dengan adanya pengiktirafan ini, Bina Paint akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan kepada pelanggan  terutamanya yang mengikut perkembangan negara yang sedang melaksanakan indeks syariah,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]